|
Wan
Sulaiman bin Wan Abdullah
Oleh: Wan Mohd. Hazim bin
Wan Abdullah.
Dilahirkan di Kampong
Surau, Pekan Kelantan, pada tahun 1890an. Merupakan anak lelaki Sulung Wan
Abdullah bin Wan Nuh.Berkahwin dengan sepupu sebelah bapanya yang bernama Wan
Hafsah binti Wan Ali. Pasangan ini telah dikurniakan 8 orang yang bernama Wan
Rahmah, Wan Abdullah, Wan Musa, Wan Meriam, Wan Maimunah, Wan Mansor, Wan
Zakaria dan Wan Ali. Kebolehan beliau dalam ilmu tulis-menulis, kira-mengira dan
minat beliau
dalam bidang pertanian telah menyebabkan beliau dipilih oleh
bapa mertuanya Wan Ali bin Wan Nuh sebagai setiausa syarikat keluarga Wan Nuh.
Wan Sulaiman mewarisi kepimpinnan bapanya Wan Abdullah dalam mentadbir
mini estate Kuala Nal selepas kematian bapanya Wan Abdullah bin Wan Nuh.
Walaupun Wan Sulaiman ligat mencari habuan dunia, namun ini tidak melalaikan
beliau tentang habuan di akhirat. Beliau bukanlah seorang yang tamak yang hanya
tahu menimbun harta untuk kepentingan diri sendiri bahkan beliau berpandangan
sepatutnya dikongsi dengan orang lain.
Berbekalkan kesedaran inilah
beliau memimpin keluarga beliau dan rakan-rakan beliau membeli mini estate Kuala
Geh dari orang Inggeris dan mini estate Tanjung Batu dari orang Cina. Beliau
juga menubuhkan Syarikat Kerjasama Pasir Pekan dan Syarikat Kerjasama Kilang
Padi Lambor, Kubang Batang pada tahun 1957 sebagai menyahut seruan kerajaan yang
menggalakkan orang melayu menubuhkan koperasi.
Ternyata Wan Sulaiman
seorang yang amat yakin bahawa pelajaran boleh merubah nasib seseorang kearah
yang terelebih baik dan boleh menjadi seorang yang berguna untuk
masyarakatnya.Berbekalkan prinsip ini Wan Sulainman sanggup berhabis harta untuk
membiayai pelajaran anak-anak lelakinya sehingga ke luar negeri seperti Wan
Abdullah belajar di Indonesia, Wan Zakaria belajar di Singapura, Wan Ali belajar
di India, Wan Musa di Selangor dan Wan Mansor belajar di Mesir.
Setelah
tamat belajar anak-anak lelakinya diberi peluang menerajui badan perniagaan
dibawah kelolaan Wan Sulaiman seperti mini estate Kuala Nal, mini estate Tanjung
Batu, mini estate Kuala Geh, Pekan Langgar Sdn. Bhd, Syarikat Kerjasama Pasir
Pekan Berhad dan Syarikat Kilang Padi Lambor Berhad Sebagai seorang yang amat
menyedari kepentingan pelajaran agama dalam merubah nasib anak watan di
kampongnya beliau telah menubuhkan wakaf falahiah.
Demi memastikan harta
wakaf falahiah diuruskan menurut yang sepatutnya beliau telah dua orang pemegang
amanah iaitu Nik Abdul Kadir bin Nik Mohamad sebagai pengerusi dan Wan Abdullah
bin Wan Yusuf sebagai setiausaha serta bendahari. Berkat keikhlasan Wan Sulaiamn
memakmorkan kaum keluarga dan rakan tualan menyebabkan Wan Sulaiman serta kaum
keluarganya menjadi orang yang dihiormati oleh penduduk setempat. Wan Sulaiman
meninggal dunia pada tahun 1970an kerana mengidap sakit batuk kering dan
dikuburkan di tanah perkuburan Islam Kg. Surau, Pekan.
Selepas kematian
Wan Sulaiman, tugas-tugas Wan Sulaiman dipikul sepenuhnya oleh anaknya Wan
Zakaria bin Wan Sulaiman.yang bertindak sebagai Pentadbir Pesaka Wan Sulaiman
serta isterinya Wan Hafsah binti Wan Ali selepas kematian mereka.
|